Jika kamu adalah seorang remaja, maka jadilah remaja yang terbaik, keranaa kalian adalah role-model buat kanak-kanak dibawah.
Jika kamu saat ini seorang pemuda, maka bentuklah diri menjadi yang terbaik, kerana kalian adalah ikutan kepada remaja dibawah.
Jika kamu dikala ini adalah seorang dewasa, maka usahakanlah menjadi yang terbaik, kerana kalian punya pengaruh pada pemuda dibawah.
Jika dirimu waktu ini merupakan seorang tua, maka teruskanlah menjadi yang terbaik, kerana kalian mengajarkan istiqamah berpanjangan kepada para kanak-kanak, remaja, pemuda hinggalah dewasa.
Ingatlah wahai saudaraku, bahawa hidup kita ini pasti memberi kesan dan pengaruh kepada generasi dibawah. Maka, jadilah yang terbaik agar generasi yang akan datang, akan menjadi generasi yang terbaik bahkan lebih baik.
Warisilah kebaikan kita kepada generasi seterusnya.π¦π¦