Sunday, 29 July 2018

🔥BUAT MUSLIMAH NAN SOLEHAH🔥

Wahai muslimah.

Ketika engkau sudah berada di jalan ALLAH.

Maka berlari lah.

Jika susah bagi mu maka berlari kecil lah. 

Jika kamu lelah maka berjalan lah.

Jika kamu tak mampu maka merangkak lah.

Namun jangan pernah sekali kau berhenti atau berpaling arah. 

(Imam As syafie)

🌸 🍃 🍂🌸

Saturday, 28 July 2018

Sabar

Sabar adalah meneguhkan diri dalam menjalankan ketaatan kepada ALLAH.

Menahannya dari perbuatan maksiat, serta menjaganya dari perasaan dan sikap marah dalam menghadapi takdir ALLAH.

Semoga kita semua dapat bersabar dalam apa jua ujian yang di takdirkan keatas kita.

Kerana setiap yang di takdirkan pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Wallahu a'lam.
Rasa lemah atau down itu kadangkala menyapa diri.
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.

Kadangkala, cukup satu ujian yang menerpa.
Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.

Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merampas segala daya dan upaya kita.

Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan untuk hari esok yang seakan tiada....

Namun percaya la,Yakin la, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

__
🙂🙂🙂🙂
Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Oleh itu, marilah kita berpesan pesan.

Alangkah bertuahnya kita jika punya sahabat yang selalu menegur kesilapan.

Terimalah ia dengan dada yang lapang.

At least ada juga orang yang sudi ambil berat tentang kita.

Syukur selalu
🌸🌸🌸🌸🌸

Wednesday, 18 July 2018

Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor.

Begitu juga hati.

Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.

Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.